Kadang-kadang berkawan ni tak semua tu suka dengan perangai kita. Aku sedar ada masa sikap aku ni buat orang terasa tp aku cuma ckp je. Maybe dia tak selesa atau dia tak suka dengan sikap ni. Aku Cuma baik pulihkan sikap aku yang lebih baik tapi orang tegur kenapa aku jadi mcm ni. Kena sampuk ke? Hidayah dah datang ke? Bagi mereka nak berubah jadi baik ni mcm bahan yang kelakar. Aku pun tak tahu kenapa.
Salah ke aku nak berubah? Salah ke? Aku dah makin dewasa , umur pun dah meningkat. Aku nak berubah, aku nak berubah. Aku nak berubah……. Urmmmmmm……
Aku nak jadi manusia yang berguna kat dunia ni. Aku ingin kehidupan yang indah yang penuh dengan kesucian, keharmonian, ketenangan. Salah ke aku nak tempat macam tu? Aku pun manusia yang nakkan kehidupan yang indah. “Ya Allah, berikan aku kehidupan yang indah dan juga kepada keluargaku”.
Beri aku peluang untuk berubah. Perubahan diri secara mengejut memang sukar untuk aku yang banyak melakukan dosa walaupun dosa kecil tapi kalau dosa kecil setiap hari aku buat, lama-lama boleh jadi dosa yang besar. Berilah aku peluang.. aku tak kesah lah kalau mereka nak perli aku . kenapa tiba-tiba baik je ni? Kau ok tak ni? (mereka gelak tersipu-sipu) urrmmmm… L
Ya allah, kau bukakan hati mereka dengan NUR agar mereka sedar akan kesilapan mereka lakukan selama ini. Engkau berkatilah mereka sepanjang kehidupan mereka dengan kesucian. Aku hanya mampu berdoa untuk mereka. Aku tidak mampu untuk memberi nasihat kepada mereka kerana mereka akan mengatakan aku ni da cukup baik ke nak nasihat-nasihat orang.
Beri aku peluang...

No comments:
Post a Comment